Hari Takde Air

  • 0
Salam,



wei, hari ni rumah aku xde air. actually, bukan hari ni je takde air, semalam pun same. cambagus je plumber yang datang semalam, kejap je air keluar, pastu harini takde balik. kakak aku bising2 takleh basuh baju. gillo betoi. dah bising2, tetibe ade orang call die, orang tu kate "ini linda ke?", merepek betul orang tu, rumah aku mane ade sorang pun name linda. kalau la name aku bella linda, hush, gerenti dongho tak tido malam.



hmm, aku pelik betul la..air kat sinki dapur dengan kat tempat parking kereta boleh plak keluar. tetibe dalam bilik air takde plak. memang nak suruh aku mandi kat sinki ke ape? ingat aku pinggan mangkuk? hehe emosional betul ko bella. relax bella. ha..lepas ni plumber yang semalam tu nak datang lagi. kalo esok takde air balik, siap la ko wahai plumber. wakaka. bajet berani nak warning plumber, karang takpasei2 aku kene lepuk ngan spanar.




tadikan, aku gosok la gigi kat sinki dapur. wahaha. aku tau ia menggelikan. darurat weii, nak buat macam mane kan. nak mendapatkan mulut yang segar, kite kene menghadapi bermacam jenis dugaan. ha..lepas aku gosok gigi, ade ke aku nak terletak berus gigi aku tu kat tempat letak sudu. serious gillo. ye aa, anak dare mcm aku ni dah biase basuh sudu dan garfu. so, lepas basuh sesuatu di sinki dapur, aku akan terus letak kat tempat yang sepatutnye diletakkan. tapi, nasib baik aku masih dalam keadaan waras, aku tarik balik tangan aku, lalu letak di bilik air balik. okey itu je nak cite. babai. wassalam juge. eh macam takde point, ok ape aku kesah. ni kan blog aku. bukan blog jiran seblah.

No comments: