Hari Takde Air

  • 0
Salam,



wei, hari ni rumah aku xde air. actually, bukan hari ni je takde air, semalam pun same. cambagus je plumber yang datang semalam, kejap je air keluar, pastu harini takde balik. kakak aku bising2 takleh basuh baju. gillo betoi. dah bising2, tetibe ade orang call die, orang tu kate "ini linda ke?", merepek betul orang tu, rumah aku mane ade sorang pun name linda. kalau la name aku bella linda, hush, gerenti dongho tak tido malam.



hmm, aku pelik betul la..air kat sinki dapur dengan kat tempat parking kereta boleh plak keluar. tetibe dalam bilik air takde plak. memang nak suruh aku mandi kat sinki ke ape? ingat aku pinggan mangkuk? hehe emosional betul ko bella. relax bella. ha..lepas ni plumber yang semalam tu nak datang lagi. kalo esok takde air balik, siap la ko wahai plumber. wakaka. bajet berani nak warning plumber, karang takpasei2 aku kene lepuk ngan spanar.




tadikan, aku gosok la gigi kat sinki dapur. wahaha. aku tau ia menggelikan. darurat weii, nak buat macam mane kan. nak mendapatkan mulut yang segar, kite kene menghadapi bermacam jenis dugaan. ha..lepas aku gosok gigi, ade ke aku nak terletak berus gigi aku tu kat tempat letak sudu. serious gillo. ye aa, anak dare mcm aku ni dah biase basuh sudu dan garfu. so, lepas basuh sesuatu di sinki dapur, aku akan terus letak kat tempat yang sepatutnye diletakkan. tapi, nasib baik aku masih dalam keadaan waras, aku tarik balik tangan aku, lalu letak di bilik air balik. okey itu je nak cite. babai. wassalam juge. eh macam takde point, ok ape aku kesah. ni kan blog aku. bukan blog jiran seblah.

Hari ni hari Rabu

  • 0
Salam,




Hai! aku nak cerita something yang agak masuk akal bagi semua penuntut-penuntut sekolah Malaysia.


Hari ni hari Rabu. Seperti yang kau tahu, hari Rabu kena pakai baju unit beruniform. Aku kadet bomba di sekolah ini, baju t-shirtnya cantik sangat. Warna blue black kainnya. Tulisan "Bomba dan Penyelamat" berwarna kuning terpampang besar di belakang aku. Hari pertama aku pakai baju itu, semua kawan aku usha sinis. Ingat diorang usha aku sebab aku makin anggun, rupa-rupanya, pakcik potong rumput di sekolah memaakai t-shirt seakan-akan aku.



Hari ni hari Rabu, seperti kebiasaannya setiap pagi aku akan pergi ke kantin bersama Che' Mimi dan juga Emah PERNEC. Tapi, budak form 5 kena naik ke kelas untuk ready for the lecehly exam. Jadi, aku pun naik le ke kelas dulu tanpa singgah ke kantin yang kata "mari" tersebut. Tiba-tiba, Ema sempoi selaku Class Room Leaders 2 bising-bising, "Wei, aku xpakei baju uniform, takut aa nak ambik buku ponteng kat pejabat". Aku pun menawar diri untuk menemaninya pergi ke pejabat, dengan syarat..."Lepas ambik buku ponteng, kite kena pegi kantin, hehe".



Semasa kami mengambik buku ponteng, tiba-tiba pengetua sekolah kami masuk ke pejabat dengan muka yang senyum ear to ear. Kami pelik, kerana mukanya saban hari senantiasa serius. Ah, kami yang lapo tersebut terus meluru ke kantin sesudah selesai mencari buku ponteng tanpa hiraukan muka ceria pengetua kami. Target aku adalah roti sosej yang masih panas, dihiasi mayonis dan sos cili di atasnya. Perghh, memang sedap. Baru je aku nak pilih roti sosej idaman ku, tiba2 ada guru disiplin pulak masuk ke kantin lalu memarahi budak2 yang tengah rilek makan. Aku pun lari aa jauh2 pegi kat Chanel yang tengah syok makan roti sosej. Ema yang rilek lagi selambe boleh lagi ada kat kaunter membeli makanan. Aku sedikit kaget kerana cikgu tak tegur pun dia (waktu bersarapan pagi dah habeh dh). Aku membebel2 dekat Ema sebab takdapat beli roti sosej idamanku itu, dengan kadar segera die terus hulur salah satu kuih yang die beli. hahah. Memang nak suruh aku senyap.




Hari ni hari Rabu, jadual peperiksaan pertengahan aku menunjukkan aku kena study las menet untuk Agama and AddMath pada hari semalam. Alhamdulillah, disebabkan aku ni orang Islam, paper Agama aku boleh buat. Alhamdulillah, disebabkan aku study AddMath sikit2, maka aku boleh jawab la sikit2. Er, sikit je la soalan yang aku jawab, yang lain tu aku tinggei. Peaceee <3




Hari ni hari Rabu, disebabkan ada tuisyen Biology lepas habis paper AddMath, maka aku kena lah stayback sampai pukul 2PM. Aku bernasib baik, walaupun kelas Biology terlajak sampai pukul 2:10 PM mengikut jam Farah Nini, tapi, bas taksampei2 lagi. Tetapi, aku tahu bas akan sampai dalam 5 minit lagi. Takdapat aku meneruskan hobi aku iaitu membeli makanan di kantin. Aku pun menunggu dengan sabar sampai bas datang. Penyabarkan aku? even tengah lapo ketika itu T__T Ish3, sabar yang tak ikhlas.



Hari ni hari Rabu, esok hari Khamis. Jadual midyear exam menunjukkan esok ada Chemistry paper 2 and Maths paper 2. Aku sungguh selambe sebab tak study lagi. Dan sampai sekarang, aku tengah ada dekat depan laptop meng-online fesbuk, dan men-login blogger lalu menge-post entri bertajuk "Hari ni hari Rabu". Assalamualaikum, aku bla dulu. Aku nak layan cerita Spongebob. kau ape tahu?