Hari Lahirku yang ke 18.

  • 1
Salam,


Hai semalam hari jadi aku. Terima kasih kat Mak aku sebab....sakit tauu lahirkan I ni youu, dah la berat I three point something. ahaks. I reka jer berat I tu, ntah lah. Dalam surat beranak I tu takda tulis pun berat I, and pukul berape I lahir. Tapi mak aku cakap aku lahir time pukul 2 pagi. Patutlah wajahku senantiasa berseri2 sebab lahir time pagi. hikhik


Thanks kepada sesiapa yang dah wish I kat fb semalam. Yes, fb memang baik hati puun bagitau besday I kat you all. harhar. Tadi syafiq yusof reply komen kojah, lepastu kojah bahasakan "I you" dengan dia. Dah terbawak pulak sampai ke sini. harhar Aku saje nak perli kojah, harap maklum.


Thanks to Mighah for being the first one yang wish aku thru henset. sobsob. Aku tau kau letak alert birthday dalam henset kau kan?kah3. Pada pukul 12 malam semalam, tetibe aku dapat mesej dari kau Mighah. Eh, kau wish birthday kat aku. Tetibe aku terpikir, "taksangka sekarang ni birthday aku, sedangkan aku sendiri pun terlupa yang harini besday aku". Lalu aku cakap lah kat Mak and the Abahku, "mak abah, harini hari jadi Nabilah". Dan aku mendapat respon "Oh ye eh?" lepastu mereka sambung buat keje. Lalu aku membuat muka camni........




Pada malam semalam time kat restoran, baru mak aku wish kat aku, sebab aku dah ulang banyak kali..."mak, harini hari jadi nabilah, mak hari ni hari jadi nabilah," Dalam kereta pun, "mak hari ni hari jadi nabilah, mak harini hari jadi nabilah" dan aku ulang ulang dan terus ulang sampai lebam. harhar begitu forever alone nya aku sampai adik beradik aku yang dengar benda tu pun wish lepas mak aku wish kat aku. sobsob. Ha..yang part adik beradik aku tak wish kat aku ni diorang mungkin sesaje nak kurang asam dengan aku. Tapi adik aku yang first ni baik, dia sorang je wish aku kat fb. hahahaha. siot siot T_T






Tapi aku ni takde la forever alone sangat macam atuk di atas. Lepas mak aku wish, mak aku terus tanye, "Eh tak bagi ape2 pun kat kamu ye?". Kah3, aku tersenyum sampai ke telingaaa sambil pandang kat kakak aku bagi dia feel perasaan jeles. Time tu aku harap kakak aku buat muka camni,




Tapi buat ape die nak jeles! Mak aku takbagi pun lagi hadiahnyee!!!! AAA...


Actually kan.....jap aku nak poyo jap. Actually aku tak kesah pun orang nak wish kat aku ke nak bagi hadiah ke. Aku tak kesah semua tu, yang penting jasa aku kat mereka, aku berbudi bahasa dengan mereka ke tak, aku ada tolong mereka ke time susah, time senang aku ada tak disamping mereka. haa..semua tu yang penting sebenarnya. Eh gila poyo siot. Aku gurau je kat perenggan ni. kah3.


Jadi sekarang aku dah 18 tahun! Bak kata kojah, "Cheii Nab dah 18 tahun, lepasni boleh la tengok cerita 18 tahun ke atas". Lebih kuranglah ayat dia camtu, aku taknak letak ayat sebenar, sebab ayat dia sebenar lagi brutal. Aku ingat lagi time nak tengok wayang cerita 18PL, The Killer, staring by Ashton Kutcher tu. Time tu aku pergi dengan Ain dengan kakak aku dengan kawan kakak aku sekali. Time tu kakak aku and kawan dia masuk awal ke lambat lagi dari kitorang, tapi yang pasti,kitorang asing2 lah masuk. Lepastu, time aku dengan ain  nak masuk tu, aku buat muka serious bajet matured, Ain pulak jengket-jengket bagi nampak macam tinggi. kahkahkah, memang tak matang gila doh buat macam tu! Tak menahan bila ingat balik pasal ni.


So, sekarang aku dah pun 18. Rasa macam baru masuk darjah 1 pun ada. Masa sangat pantas berlalu, aku camtakcaya weii~~~

Okaylah, aku rasa aku ngantuk gila ni. harhar. bobai semua....dah pukul 6:02 am dahhhh. Krohkrohkroh teghok nak mapuih, Wassalam. Sorry terkasar bahasa or tersilap tatabahasa apa sume.



1 comment:

jia creatifelt said...

hepi belated besday..erm, selamtkn agama islam.mari bc entry sy.tq