Dia senyum kat aku

  • 1
Salam,


Kisah ini berlaku ketika aku berada di surau untuk solat jemaah isyak-tarawikh.

Nak dijadikan cerita, solat Isyak pun habis. Sedang aku berehat-rehat sambil bersandar di belakang surau, aku ternampak adik aku di saf depan aku memandang belakang ke arah aku. Bagi isyarat nak minum air kepunyaan kakak aku. Tapi aku ni rabun, mana paham dia nak ape.

Lalu aku pun balas kat adik aku dengan membuat muka buruk-Tuhan-saje-yang-tahu. Jelir-jelir lidah dan sebagainya lah. Kalau opah aku nampak aku buat macam tu, dah lama dia istighfar dan bacakan doa untuk aku. Ya latif ya latif. Supaya aku lembut hati sikit untuk menjadi sopan.


Aku dengan prihatin untuk tidak bagi orang lain selain adik aku nampak muka buruk aku tu, aku pun cover-cover tgok ada orang pandang aku ke tak. Tetibe ada sorang makcik berada satu saf dengan aku nak bagi salam dah untuk solat sunat ba'diyah yang dia buat. Kalau dia dah habis solat ni mesti tekejut beruk tgok muka aku.


Lalu waktu dia bagi salam pertama, aku pandang makcik tu..sebab aku perasan dia bagi salam sambil pandang aku...dari muka buruk aku bertukar senyuman. Tahu dia buat ape? Dia senyum lepastu aku perasan dia sambung bagi salam yang kedua.


Pastu aku gelak senyap-senyap sebab dia senyum dalam solat. Makcik yang baru selesai salam kedua tu pandang aku balik sambil senyum lagi. Lagi lagi senyum. Makcik ni peramah kan?


Aku gelak lah lagi. Lagi lagi gelak. Periang kan aku? Takut dia pelik pulak aku balas senyuman dia dengan gelak. Aku pun cakap kat dia sambil gelak,


"Boleh pulak senyum dalam solat ye? hahaha"


Makcik tu terperasan yang dia senyum dalam solat, dan dia pun balas,


"Ha'ah, hahahahhahaha"


Makcik tu sendiri gelak dengan tindakan dia.


Jadi aku pun gantunglah cerita ini dengan ending yang tgantung. Wassalam

1 comment:

Shafiqah Hairiri said...

hahaha ngengong je kau nih.