Review - Miracle in Cell No. 7 (Korean Movies)

  • 0
Assalamualaikum,




Aku xkenalkan satu-satu watak boleh? Sebab ini review untuk movie saje. Lainlah drama, kahann peminat tegar korean drama? Dari nenek heroin boleh ingat nama, kau. 

So..cerita ni mengisarkan tentang seorang bapak yang ala-ala shah rukh khan dalam cite my name is khan, cacat otak sikit tp pandai dan anaknya yang comel sangat. Anak dia ni cerdik, macam dia yang jaga makan minum bapak dia dan diorang sangat rapat, ye lah tinggal berdua je kan. Btw, diorang hafal lagu Sailormoon, kau. Setiap tarian tahu. 

Ada satu harini, si bapak masuk penjara disebabkan sesuatu yang bukan dia buat. Masa tu mengayat hati gilo. Bayangkan, waktu si bapak ditahan, dia asyik ulang, "Yaesun tunggu kat rumah, Yaesun sorang-sorang, Yaesun, em, Yaesun"..(yaesun tu nama anak dia) . Anda bayangkan muka dia yang berlakon bodo-bodo tu dengan rambut cendawannye, teringat kat anaknya yang sedang menunggu kepulangan dia, sampai nak pinjam telepon polis. Aihh, tengok muka dia taktau nak sedih ke nak gelak. Tapi, lebih kepada sedih la. Pakcik ni aku taktipu dia pandai berlakon. Takde sorang pun takpandai berlakon. Even budak kecik ni.



Haha, pengakhiran Sailormoon yang terlampau comel. 100 markah untuk Pakcik! Tapi aku nak mencelah boleh..? Cerita ni banyak lebih ke kristian sikit. So, bagi korang yang nak tengok cerita ni...sila tengok ceritanya saja tanpa terubah akidah yakni pegangan hidupmu :)


Cerita ni.... untuk jalan cerita SANGAT best, sedih dan lawak. Haritu aku tunjuk filem ni kat universiti aku, budak laki macam.."eleh, cerita korea ke bella?" padahal lepas habis tengok, tetiba "weh sape nak tisu?". Lagi satu, censored kan filem ni eh kalau nak tunjuk kat kengkawan, ada xsenonoh sikit gambar diorang letak kat penjara. Nasib aku pompuan..hahahha. -.- Tetap la xsenonoh.

Eh btw, si Mia Sara Nasuha dengan Kal So Won (Watak budak kecik dlm ni), muka ada iras.

 VS
Mia and So Won



Oklah..Sape yang saling kenal ngan aku, bolehlah buat sistem barter movie ngan aku. Bobai. Wassalam.

No comments: