Kisah kawan 1 dan bahasa arab.

  • 0

Assalamualaikum w.b.t sahabat,

Aku ada kawan! kisah plak kau? Nama dia dirahsiakan, cuma lets regard her/him as kawan 1.

Alkisah, sedang aku dan kawan-kawanku menyebokkan diri nak pilih bahasa asing apa di universiti, kami berbincang pasal bahasa arab.

Bahasa arab u olls~ u olls semua tahu kan apa itu bahasa arab? Kalau taktau, pegi Mesir belajar arab, ha..itu la bahasa arab. #noob.

Nak menyambungkan cerita, kawan-kawanku mempersoalkan aku kenapa tak ambik bahasa arab instead of bahasa mandarin sebab senang la untuk aku score since i olls ni dari darjah 2 belajar apa itu kitabun, qolamun, televizyun kata kau. Duhh riak rasanya. Padahal kalau dari darjah 2 aku belajar mestila dah fasih bercakap dalam bahasa arab sekarang ni, umur aku pun dah 20-an, baca Al-Quran pun mesti best kan? Hmm~ (muhasabah diri sebentar)

Dan aku pun membalas hujah kawan-kawanku, i olls ni nak memperluaskan ilmu i olls sebenarnya. Ye lah...syllabus yang belajar kat U ni macam...emm...basic ke? Sobahun nur, jawab sobahul khair. Agagaa..

Actually..tak salah pun aku nak ambik bahasa arab sebenarnya. Kalau kita belajar benda yang sama banyak kali, akan bertambah ilmu baru. Pengajarannya, jangan tiru aku yang bajet dah kukuh giler je asas bahasa arab. Duhh~

Aku mengambil kira dari aspek peluang pekerjaan sebenarnya untuk belajar bahasa. Tetibe ada orang tanya : Tapi tak ke bahasa arab ni menjamin akhirat kau, padahal peluang pekerjaan tu duniawi semata-mata? Aku pun balas..Eh...hehehe...ok bai.

Jom kita sambung pasal kawan 1 aku lah, aku nak tukar topik ni. Kawan 1 aku tetibe je cakap kat aku...

Kawan 1: Bella, aku tahu satu je perkataan dalam bahasa arab..
Aku : Ha, ape?
Kawan 1: Hmm..rabiatul ada..eh rabiatul adawiyah? (Dalam percubaan nak ingat kembali perkataan arab tu)
Aku : Eh? (Muka pelik aku buat)
Kawan 1: Ha..rabiatul adawiyah la!
Aku : Kau dah kenapa?
Kawan 1: Eh, Allughatul ape tah!
Aku : Allughatul Arabiah??
Kawan 1 : Ha'ah, hehe.
Aku : HAHAHA (gelak giler2) Haih kawan 1, kau ni buat lawak betul lah, tu aku pelik, rabiatul adawiyah tu nama orang!

Pelawak kan kawan aku? Rabiatul adawiyah dibantaikannye. Btw, korang mesti ingat aku ni memperlekehkan ilmu kawan aku. Tapi dia ni kawan aku, aku dah mintak maap dah kat dia sebab tolong gelak untuk lawak dia yang aku rasa lawak. Hmm..banyak pengajaran yang korang boleh dapat. Sila buat review artikel ini dan hantar kat saya esok. Markah merit akan diberi. Babai

Adios amigos, Waalaikumussalam w.b.t.

*updated 27/10/2014 timbul sedikit penyesalan sbb x ambik Arab.. Baru2 ni ustaz ada bagi task utk hafal surah...rugi2...hmm






No comments: