Faham Perasaan

  • 0
Hi Assalamualaikum,

"Perasaan?".

Kau tahu? Kadang-kadang kau boleh salah tafsir perasaan tu sampai jadi perasan.

"Salah tafsir?"

Kau terfikir mana mungkin kau boleh salah tafsir. Hah, mungkin kau yang tak banyak pengalaman, atau kau tak belajar dari pengalaman orang.

Salah tafsir sebab kau tak faham apa sebenarnya yang kau rasa. Salah tafsir sebab kau keliru dan kau terus buat kesimpulan. Sebab kau tak biasa dengan perasaan tu.

Tapi takpe, kau masih tak sedar. Sebab lambat laun, kau akan sedar keadaan kau tu.

"Lambat laun? Bila?"

Bila kau ada masa untuk muhasabah diri.

Selidik perasaan tu dulu sebelum buat keputusan. Betul ke kau benci? Padahal kau masih boleh bertimbang rasa. Betul ke kau cinta? Padahal kau tak lebih dari mengagumi. Betul ke kau berperasaan seperti apa yang kau rasa sekarang ni? Atau kau hanya paksa untuk ia menjadi seperti apa yang kau mahu. Perasaan tak boleh dipaksa, kau sendiri jugak yang kata.

Pengakhiran tu mungkin akan jadi lebih indah jika kau pandai kawal.

Baik kawal sekarang dari kau yang sakit nanti.


No comments: