Missing home

  • 0
Assalamualaikum,

Hi guys! Pernah tak dekat tempat yang korang belajar, tinggal, or kerja ada someone yang muka lebih kurang macam adik-beradik atau kawan rapat kau? Aku ada and it's so awkward. Because dia lebih kurang macam adik lelaki aku kot, dan awkward sebab dia seorang lelaki. Bila aku tengok dia, mesti aku rasa macam aku rindu rumah. Er, to adik lelaki aku, tolong jangan perasan sangat, aku rindu rumah bukan kau. haha. Tapi tu lah, aku ni bukan senang nak klik dengan stranger, tapi bila dengan dia ni aku rasa macam nak rancak berbual macam aku sembang dengan adik lelaki aku. Cumanya lelaki tu pulak awkward tak reti nak balas balik sebab dia pun pelik "asal kau ni friendly sangat tetiba". Dan aku pun faham keadaan itu, maka aku balik kepada dunia reality yang dia bukanlah adik lelaki aku hahaha. Malas layan kau dah. Awkward.

Itu satu contoh. Lagi satu bila kau bela kucing. Family aku ada adopt kucing yang nama dia Chuning. Mak aku bagi nama tu sebab dulu dia pun ada kucing nama Chuning, warna kuning. Dari kecik lagi aku dah disuntik dengan perasaan sayang kepada haiwan. kecuali yang berbisa dan membawa kepada penyakit, (in other words, exposing the girly side of mine, you get it?)

Opah aku bela kucing sampai aku terbawak-bawak tau buat karangan pasal kucing-kucing tu time aku time darjah berapa tah. Ingat lagi, aku  karang pasal dua ekor kucing ni nama dia Black, and lagi sekor Blackie. (hahaha. Apa doh nama tak variety? EH sukati opah la kan Opah?). Itulah buktinya hidup aku takboleh lari dari kucing. Jadi perasaan aku rindu rumah ni bila kucing-kucing jalanan, atau even kat hostel aku sekalipun, duk menyendeng-nyendeng kat aku, dan bila aku layan (sbb aku ikut mood), aku rasa macam aku main-main dengan Chuning. Walaupun lah Chuning tu entah tak layan pun aku kt rumah, tapi aku memang suka buli dia pun. Sebab dia gendut, kau rasa?

Hmm..rindunya rumah.

"Only hate the road when you're missing home"



No comments: