Reminiscing the old days in Degree Life

  • 0
Assalamualaikum w.b.t,

Hai guys. Sekarang ni 1:30 AM tetiba aku nak reminiscing the good old days. Zaman belajar aku is coming to an end (inshaAllah kalau result aku pass nak grad lah haha Aamin). Selalu kalau aku tak dapat tido memang aku akan bedtime story sesama sendiri sebab aku adalah kawan paling baik untuk aku. Kalau tak muhasabah diri sendiri, aku bedtime story.

Nak masuk intern dah aku, dan mungkin kalau boss aku baik lembut hati tengok aku kerja bagus maybe dia serap aku jadi permanent. dan kemudian bermulalah episod semua tanggung sendiri, duit raya tak dapat, pergi bercuti dengan keluarga abah tak belanja, sewa rumah bil api bil air bayar sendiri. dan kau perlu buat kira-kira untuk gaji. betul tak kawan-kawan yang dah kerja? Segalanya perlu mandiri :(

Aku okay nak independent, tapi aku taknak jadikan semua yang aku lalui ni kenangan. Aku tak puas jadi budak lagi. Aku tak puas nak merasa kelas batal, fikir nk makan apa dengan kawan, bangun pagi dengan roomate utk pegi fieldtrip course, pegi library which aku boleh kira berapa kali pergi itupun utk cari reference utk thesis hahaha, mereput dengan roommate because there was too much free times, pastu balik rumah dari Kelantan gamble je naik bas lompat sampai Perak.

Ingat lagi time..esok tu nak pergi fieldtrip 6 hari kt Langkawi, kawan aku Fith pergi la listkan barang apa perlu bawak kat whiteboard meja study. Haha rindunya macam budak-budak bincang nak bawak apa pegi fieldtrip sebab excited sambil kemas-kemas, pastu aku pinjam drybag Afifah sebab dia ada 2 drybag, well we need drybag sebab confirm masuk air weh, pulau langkawi kan??? And turned out this Langkawi fieldtrip is the best fieldtrip ever selama 3 tahun duduk sini. Banyak sebenarnya course aku buat fieldtrip. Sekali fieldtrip dapat lah burn berapa minggu baru hilang. Sebab fieldtrip course aku bukan yang jenis melawat kilang camtu. Dia masuk hutan/pulau/gua, cari jenis batuan dan structure yang ada, dengar explanation, buat report kat situ jugak, and kalau dapat tempat berteduh tu alhamdulillah. Hahaha apa-apa pun aku rindu semua ni.

Haih...itu baru zaman degree, belum zaman matrik and sekolah. Laaaagi banyak.

Dan sedar tak sedar, kawan-kawan rapat aku akan bawa haluan masing-masing tak lama lagi. Kawan aku yang nak kawin nanti, apatah lagi. Bina keluarga sendiri, dan bertambah tanggungjawab.

How I wish if I could turn back those good old times again~

Oklah, apa-apa pun..thanks semua yang dah jadi kenangan manis buat aku. Aku bukan selalu camni tau, kalau dapat mesej aku sayang/rindu hang tu bersyukur la ek. Doakan aku dapat tempat intern yang bagus-bagus, majikan yang bagus yang jaga solat dan jaga kebajikan pekerja. Aamin

Bye semua, wassalam.

No comments: